BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 26 March 2011

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

 PENGENALAN

KHB  merupakan sebahagian  usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Ia membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh  bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri.


MATLAMAT

Untuk melahirkan insan berdikari,kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinsiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian



Objektif

Kurikulum KHB adalah untuk membolehkan murid :

* Mengamalkan daya usaha,kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada
   pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis, dan bahan komposit.

* Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapat idea dari pelbagai sumber untuk
   mereka bentuk dan menghasilkan produk.

* Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam
   kehidupan harian.

* Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.



CARTA ORGANISASI KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SMKJ

                                                           
ENCIK OMAR BIN AHMAD
    (PNGETUA)






TUAN HAJI KASIM BIN ABDUL SAMAD
(PENOLONG KANAN )









TUAN SYED NASEER BIN SYED MOHIDDEN
(HEM)


ENCIK ABDUL RAHIM BIN PENDEK 
(KOKO)





ENCIK NOR HASLIN BIN MOKHSIN
(GURU KETUA BIDANG)

PUAN NORHAYATIBINTI SHAARI
(KETUA PANITIA KHB)








MISI :
MEMBIMBING POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

VISI :
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG




  1. subjek kemahiran hidup terbahagi kepada 2 bahagian
    1. Teras
    2. pilihan
  2. Bahagian teras diwajibjan semua pelajar mengikuti dan mempelajarinya meliputi kemahiran bahagian
    1. Reka bentuk
    2. Elektrik
    3. Tanaman
    4. Jahitan
    5. Kerja paip asas
    6. Asas perniagaan
  3. Bahagian elektif pula terbahagi kepada 4 pilihan iaitu
    1. Pilihan KT - Kemahiran Teknikal
    2. Pilihan ERT - Ekonomi Rumah Tangga
    3. Pilihan PK - Perdagangan dan keusahawanan
    4. PilihanPN - Pertanian
  4. Subjek kemahiran dipelajari secara lebih khusus di dalam bengkel atau makmal kemahiran hidup
  5. Bengkel atau makmal kemahiran hidup perlulah
    1. Dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan untuk proses pembelajaran
    2. Terdapat ruang yang sesuai untuk pelajar belajar dan membuat latihan
    3. Peraturan yang diamalkan untuk mengekalkan keselamatan , kebersihan , dan keselesaan untuk belajar dan membuat latihan
Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup
  1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru
  2. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
  3. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
  4. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru
  5. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
  6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan
  7. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

Pakai pakaian yang sesuai dan kasut getah
Keselamatan di bengkel kemahiran hidup
  1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
  2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel
  3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku
    1. Kecederaan dan kemalangan
    2. Kejutan elektrik
    3. Kebakaran
  4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
  5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
  6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai.
  7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
  8. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
  9. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik



ALATAN TANGAN
  1. Pembaris Keluli 
    1. Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak
    2. Saiz : 30 cm dan 15 cm
    3. Binaan : Dibuat daripada keluli
  2. Pita Pengukur 
    1. Kegunaan : Mengukur jarak
    2. Saiz : 3 M dan 6 M
  3. Sesiku L 
    1. Kegunaan :
      1. Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat
      2. Untuk menguji kerataan
      3. Untuk menguji ketepatan
      4. Untuk menguji kepersegian
    2. Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya
    3. Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu atau logam.
  4. NT Cutter
    1. Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting board
    2. Saiz :
  5. Gergaji Tangan
     
    1. Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF
    2. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap 25mm
  6. Gergaji Puting
    1. Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil
    2. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya
  7. Gergaji Lengkung Halus 
    1. Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan papan lapis
    2. Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai
  8. Gergaji Besi 

    1. Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC
    2. Saiz : Ditentukan oleh panjang
  9. Gerudi Tangan
    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis
    2. Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan
  10. Mata Gerudi Pintal 

    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang
    2. Saiz : ditentukan oleh diameter
  11. Gerudi Engkol 
    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan papan lapis
    2. Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit
  12. Gerimit

    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut)
    2. Saiz : ditentukan oleh diameter
  13. Penebuk Pusat

    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi
    2. Saiz :
  14. Pembenam Paku

    1. Kegunaan : Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu
    2. Saiz :
  15. Tukul Kuku Kambing
    1. Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku
    2. Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya
  16. Tukul Warington 
    1. Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar
  17. Ragum Kakak Tua 

    1. Kegunaan : Untuk mencabut paku
  18. Gandin Kayu
    1. Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman papan projek
  19. Pahat rata / Pahat tepi serong
     
    1. Kegunaan : Untuk membuat parit dan lurah serta meratakan dasarnya.
    2. Saiz : Ditentukan oleh lebar matanya
  20. Kikir Parut 

    1. Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu
  21. Apit G 
    1. Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan menggerudi
    2. Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6"

MESIN GERUDI
  1. MESIN GERUDI LANTAI
    1. Kegunaan Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam
    1. Bahagian dan fungsinya
      1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
      2. Suis = Menghidup dan mematikan motor
      3. Bindu = Memutar mata gerudi
      4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
      5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
      6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
      7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
      8. Motor = Memutar bindu
      9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
      10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
    2. Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
      1. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan guru
      2. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
      3. Pakai pakaian yang sesuai
      4. Pakai gogal untuk melindungi mata
  2. MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK
    1. Kegunaan:
      1. Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam
    2. Bahagian dan fungsinya
      1. Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi
      2. Suis = menghidup dan mematikan motor
      3. Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin
      4. Kabel = menghantar arus elektrik
    3. Cara Menggunakannya
      1. Mengerudi secara menegak
      2. Menggerudi secara mendatar
         
        Menggerudi mendatarMenggerudi menegak

BAHAN PEMASANGAN
Keterangan Gambar
IMata Gerudi Benam
IIPemutar Skru Biasa/Rata
IIIPemutar Skru Philips
IVGunakan saiz mata pemutar yang tepat dan sesuai
keterangan Gambar
VMenggerudi Engsel
VISkru Alur Rata, Kepala Benam dan Kepala Bulat
VIISkru Philips

i. Paku Panel  ii. Paku Kepala rata
  1. Paku
    1. Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain kepada kayu
    2. Saiz : ditentukan panjang batangnya
    3. Jenis
      1. Paku Kepala Rata
        1. Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau kayu
        2. Saiz ditentukan oleh : Panjang
        3. Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya
      2. Paku Panel
        1. Digunakan : untuk pembinaan perabot
        2. Mempunyai kepala benam
      3. Paku Payung
        1. digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink
    4. Kelebihan :
      Senang digunakan. Murah
    5. Keburukan
      Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak
  2. Skru
    1. Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan engsel
    2. Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis kepala
      1. Skru Alur Rata/Biasa
      2. Skru Alur Philips
      3. Skru Kepala Bulat
      4. Skru Kepala Benam
    3. Kebaikan skru :
      1. Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu yang keras
      2. Memberi cengkaman lebih kuat
  3. Glu PVA
    1. Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal
    2. kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh MDF dengan Papan Lapis

PEMBINAAN PROJEK
  1. Proses Mengukur
     
    Ukur panjang bahanUkur lebar bahan
     Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek
  2. Proses Menanda
     
    Menanda panjangMenanda lebar
    Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal
  3. Proses Memotong
     
    Mengerat
    Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong kayu dan bahan kepada beberapa bahagian
  4. Proses Membina dan Mencantum 
    Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman
    i. Tanggam Lekap Palangii. Tanggam Lekap Tiii.Tanggam Temuiv. Tanggam Temu

    1. Membuat tanggam
      • Pilih tanggam yang sesuai
      • Ikuti langkah-langkah yang betul
      • Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam
    2. Mengglu
      • Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan
      • Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang
      • Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari semalam
    3. Memaku
      • Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek
    4. Menskru
      • Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan gerudi terlebih dahulu
      • Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan menggunakan senggerek , gerimit atau alat lain yang sesuai

KEMASAN PROJEK

I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit
  1. Bahan kemasan
    1. Tepung Penyumbat
      1. Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu
      2. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
      3. Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air dan turpentine
    2. Cat Alas
      1. Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan menjadi alas sebelum menggunakan cat licau
      2. Kelebihan : Menjadikan cat licau lebih menarik warnanya dan lebih rata sapuannya
      3. Cara menggunakannya : disapu atas permukaan kayu sebelum menyapukan dengan cat licau
    3. Cat Licau
      1. Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih 
      2. Kelebihan :
        • Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik
        • Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu
      3. Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu dengan berus
    4. Cat semburan
      1. Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam
      2. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
      3. Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan cara menggerakkan semburan secara berulang-ulang
    5. Syelek
      1. Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu
      2. Kelebihan : kos murah dan cepat kering
      3. Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu
    6. Tona kayu
      1. Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke atas produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu
      2. Kelebihan :
        • Mudah digunakan
        • Cepat kering
        • Masih kelihatan urat kayu
        • Setiap bahagian mempunyai warna yang sama
    7. Lekar
      1. Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi permukaan kayu
      2. Kelebihan : tahan haba dan tahan calar
      3. Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek
    8. Pelekat (Fomika dan stiker)
      1. Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang cantik dan menarik
      2. Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup kecacatan permukaan kayu
      3. Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya
  2. Bahan Pelarut
     
     
    1. Spirit Methil
      1. Kegunaan : untuk melarutkan syelek dan membersihkan berus syelek
    2. Turpentine
      1. Kegunaan : untuk mencairkan cat licau dan membersihkan berus cat
    3. Thinner
      1. Kegunaan : untuk mencairkan lekar dan membersihkan  berus lekar
  3. Alatan kemasan 
    1. Kerta Las
      1. Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu
      2. Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0, 00)
    2. Pengikis
      1. Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat.
      2. Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah urat kayu
    3. Berus Syelek
      1. Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar
      2. Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan keringkan.
    4. Berus Cat
      1. Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas
      2. Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke satu arah mengikut arah urat kayu
      Penjagaan berus
      • Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang sesuai
      • berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.
      • Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk menggantung berus
      • Jangan mencampur-adukkan penggunaan berus.





AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN